RPH Sains Tahun 4
Monday, 30 April 2012
Saturday, 28 April 2012
RPH Sains Tahun 4
MATAPELAJARAN : SAINS
TAHUN : 4
TARIKH / HARI : 03.04.2012
MASA : 7.45 – 8.15 AM
KELAS : TAHUN 4
BIL MURID : 9 ORANG
TAJUK / TEMA : BINATANG
KEMAHIRAN : 2.3.8 Mengetahui binatang beranak dan bertelur.
2.3.9 Mengelaskan binatang beranak dan bertelur.
HASIL PEMBELAJARAN : Binatang beranak dan bertelur.
OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
1. Mengetahui bahawa binatang beranak dan bertelur.
2. Mengenal pasti dan mengelaskan binatang beranak dan bertelur.
Bahan bantu mengajar: Modal binatang,rakaman video.
Fasa/Masa
|
Aktiviti
|
Isi kandungan
|
Fasa 1
Set induksi
5 Minit
|
1. Guru masuk ke kelas dengan membawa modal binatang beranak dan bertelur.
2. Murid-murid menyoal tentang modal binatang yang di bawa oleh guru.
3. Guru berbincang dengan murid dan seterusnya memperkenalkan tajuk atau tema P & P pada hari tersebut.
Iaitu binatang pembiak secara beranak dan bertelur.
|
Contoh model binatang beranak iaitu gajah dan anak gajah serta model binatang bertelur iaitu ayam dengan telurnya.
Kemahiran Sains: Pemerhatian
Paparan gambar melalui komputer riba.
Kemahiran Sains:Pemerhatian & menganalisis
|
Fasa 2
Pencetusan idea
5 Minit
|
1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis binatang melalui komputer riba.
2. Guru menyoal mengenai gambar binatang yang ditunjukkan.
3. Murid menyawab secara sepontan.
Contoh soalan : Apakah binatang ini ?
Bagaimanakah binatang ini membiak?
4. Guru memberi penerangan.
|
Pelbagai jenis model binatang
|
Fasa 3
Aplikasi idea
7 Minit
|
1. Seterunya guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
2. Murid-murid diberi model – model berbagai jenis binatang.
3. Murid diminta mengelaskan binatang mengikut cara pembiakan,iaitu binatang beranak dan binatang bertelur.
4. Ketua kumpulan diminta mempersembahkan persembahan kepada kelas.
5. Guru berbincang di samping memberi penerangan lanjut tentang binatang yang beranak dan bertelur.
|
Kemahiran Sains: Mengelaskan, Berkomunikasi & bekerjasama
|
Fasa 4
Penilaian
7 minit
|
1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid.
2. Murid menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.
|
Mengelaskan binatang mengikut cara pembiakan.
|
Penutup
3 minit
|
1. Guru meminta murid menyanyi lagu bertemakan pembiakan binatang
|
Lagu
|
Refleksi
|
9/9 murid dapat mengelaskan binatang mengikut cara pembiakan(beranak dan bertelur) dengan betul
|
Subscribe to:
Posts (Atom)